Tuesday, 26 August 2014

JOM KENAL MARIO BALOTELLI

  

• Mario Barwuah Balotelli dilahirkan pada 12 Ogos 1990 di Palermo dengan kedua ibu bapanya berasal dari Ghana. Bagaimanapun masalah kesihatan membabitkan pembedahan usus ketika zaman kanak-kanak membuatkan dia diletakkan di bawah penjagaan khusus. Pada usianya tiga tahun, dia berpindah ke Brescia di utara Itali dan dibesarkan oleh keluarga Balotelli.

• Mula bermain bola sepak ketika zaman kanak-kanak. Pada usia lima tahun, dia mempamerkan bakat dan penguasaan teknikal sewaktu bermain dengan kelab daerah. Pada 2001 dia disambar AC Lumezzane. Membuat penampilan pertama bersama kelab itu ketika berusia 15 tahun pada April 2006 menentang Padova.

• Balotelli boleh menjadi pemain Barcelona di awal kariernya. Dia dijemput untuk menjalani ujian bersama pasukan gergasi Sepanyol di Nou Camp lapan tahun lalu dan mempamerkan bakat luar biasanya. Lima hari bersama kelab itu dia meledakkan lapan gol mendorong rundingan untuk perpindahannya. Bagaimanapun isu membabitkan kewarganegaraan Itali menyebabkan Mario melupakan hasrat itu sebelum disambar Inter Milan.

• Digelar ‘Super Mario’ dia sangat aktif di media sosial selain laman web peribadi. Balotelli sentiasa memaklumkan perkembangan terbaru kepada peminatnya di Facebook, Instagram dan Twitter. Menggunakan nama @FinallyMario dalam akaun Twitter. Pemain itu mempunyai 2.83 juta pengikut dan menjadi antara pemain paling popular ketika Piala Dunia Brazil dengan lebih dari 175,000 retweet di terima.

• Baru berusia 24 tahun, Balotelli menjulang tidak kurang tujuh gelaran utama dalam bola sepak termasuk Liga Juara-Juara, Liga Perdana Inggeris, Piala FA, tiga gelaran Serie A dan Piala Itali.

• Aksinya di peringkat antarabangsa tidak begitu menyerlah apabila hanya membuat 33 penampilan dan 13 gol untuk Itali sejak beraksi bersama juara Dunia empat kali bermula Ogos 2010. Dia bagaimanapun menjadi nadi penggerak buat negaranya mara ke final Euro 2012 selain mencuri tumpuan ketika perlawanan separuh akhir menentang Jerman.

• Balotelli meninggalkan pasukan AC Milan dengan rekod jaringan luar biasa dalam bola sepak Itali dan Liga Juara-Juara. Penyerang itu memeterai perpindahan untuk bersama kelab Serie A meninggalkan Manchester City pada Januari 2013 dan tiga hari selepas perpindahannya dari England selesai, dia membuat penampilan pertama menentang Udinese di San Siro dan hanya memerlukan 25 minit untuk meledakkan gol sulung buat pasukan merah hitam itu.

• Mahu menggunakan nombor jersi sama di Liverpool iaitu 45. Nombor sama ketika bersama tiga pasukan terdahulu, Inter Milan, Manchester City dan AC Milan.

• Balotelli pernah beraksi sebanyak tiga kali di Anfield sepanjang kariernya, kesemuanya bersama Manchester City.

• Mario berkawan rapat dengan penyanyi hip-hop terkenal Drake dan persahabatan mereka bermula ketika penyanyi rap itu membuat persembahan di Manchester dua tahun lalu.





                                                                                         -Khairul Hazim Harizuddin Kamaludin-                 
                                                                                                                                  

No comments:

Post a Comment