Monday, 8 December 2014

Cool Gila! Restoran berkonsepkan Roller Coaster

Di Malaysia sudah jadi kebiasaan melihat restoran sushi dengan sistem "conveyer belt". Sushi boleh dipesan dan kemudian dihantar menggunakan sistem ini. Masa penghantaran agak perlahan kerana perlu menunggu ia bergerak mengelilingi setiap meja di restoran. Di Abu Dhabi ada penyelesaian kepada masalah makanan perlahan ini. ROGO adalah restoran berkonsepkan roller coaster dan makanan bukan sahaja dihantar dengan lebih pantas dan cepat tetapi sempat melakukan aksi lagak ngeri. Ianya dibuka di Yas Mall, Abu Dhabi dan mempunyai keluasan 14 000 kaki persegi. Terdapat 30 landasan roller coaster di dalam restoran ini bagi memastikan ia mampu menyampai pesanan makanan kepada 360 pelanggan dengan pantas. Lupakan FASTFOOD kerana di ROGO ada super fast food!

No comments:

Post a Comment