Memang tak semua nak ambil tahu pasal fesyen...tapi siapa yang tak tahu pasal fesyen..? Tahun makan tahun , macam macam jenis "STYLE" dah kita tengok and cuba..Kalau nak bezakan dengan zaman nek tok moyang kita dulu memang jauh sekali.. Ke pekan kalau berkain pelikat, berbajukan baju brand pagoda sekalipun orang dah cakap lawa. Laaaa ni, mai dah zaman yang boleh dikatakan baru dekat Malaysia, zaman Hipster. Zaman dimana lelaki berpakaian ala ala org eropah zaman entah bila aku pun belum lahir lagi. So boleh dikatakan zaman ni lah kita boleh nampak dimana ramai maskulin2 kat luar sana "berebut rebut" nak tambah bulu bulu di muka. Teringat masa form 3 dulu, nak sangat jambang lebat dekat muka ni. Bukan apa, orang cakap muka berjambang lebat ni nampak segaknya tersendiri, nampak gayanya tersendiri and of cozzzzz nampak gentleman-nya melimpah limpah. Tambahan, muka yg tengah tak hensem tu elok cover sikit, jgn menunjuk sangat nanti mak marah.
Icon Malaysia, Wak Doyok
Zaman ni lah kita akan nampak kebanyakkan lelaki simpan jambang mereka dan yg jenis mmg tak berjambang tu of coz habiskan duit depa dgn beli supplement2 utk lebatkan jambang misai dan bulu2 lain....
Instead of habiskan almost half of your pocket money utk beli supplement pelebat jambang ni why not kita try cara yg not so tradisional?
So ada beberapa tips mudah utk lebatkan jambang / misai :
CARA MUDAH: PUTIH TELUR
Ambil putih telur dan sapukan di kawasan yang anda inginkan mengikut bentuk cita rasa anda tersendiri. Amalkan setiap malam sebelum tidur selama seminggu berturut-turut. Insya Allah janggut, misai atau jambang yang anda ingini akan tumbuh dengan lebatnya.
CARA KEDUA: TELUR UDANG
Cuba cari telur udang. Telurnya selalunya boleh ditemui di bahagian kepalanya. Kalau boleh dapat udang galah lagi cantik sebab telurnya lebih banyak kerana saiznya yang besar. Sebelum tidur malam, telur udang disapu pada tempat-tempat yang diinginkan sama ada misai, jambang dan janggut. Sebelum itu jangan lupa untuk cukur sedikit bahagian yang akan dilumurkan. Cukur dan disapu telur tersebut. Insya Allah, lepas 2-3 kali bulu misai tu akan mula tumbuh.
CARA KETIGA: MINYAK BON ATAU TANCHO
Minyak bon atau tancho boleh digunakan untuk melebatkan janggut dan jambang.
CARA RUMIT: MINYAK SAPI
Cairkan minyak sapi dari lemak sapi (lembu betina). Setiap malam selepas mandi, tuamkan dengan kain dengan air suam ke dagu dan pipi dan melingkari pipi kita seperti jambang. Tuamkan ke muka kita sehingga tempoh yg kita rasa puas hati. Tuaman air panas suam dgn kain ke dagu dan pipi adalah salah satu cara mahu mengaktifkan benih bulu roma yang ada di dalam kulit kita. Selepas daripada proses itu, ambil minyak sapi yang telah dicairkan tadi, kemudian sapukanlah mengikut daerah mana yang kita kehendaki agar janggut itu tumbuh dengan subur.
Minyak sapi gunanya utk menyuburkan dan menggalakkan proses pertumbuhan janggut di muka kita. InsyaAllah, cubalah dengan penuh keyakinan. Pastikan minyak sapi itu minyak sapi yang original, bukan campuran mana bahan asing atau bakteria.
Ingatan:
Namun begitu, semua itu bergantung pada hormon, cara kehidupan anda (cergas) dan cara pemakanan anda (protein yang tinggi serta daging). Segala-galanya ikhtiar sahaja dan ini adalah kaedah tradisional bagi orang Asia Tenggara.
-Afif Zufar B. Abd. Rahim
No comments:
Post a Comment